MENGAPA TAKAFUL IKHLAS?

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) adalah subsidiari milik penuh MNRB Holdings Berhad. Operasi perniagaan dan pengurusan adalah mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Memberi penekanan dalam memastikan keadilan dan kesaksamaan terhadap semua urus niaga kerana kami percaya dalam menyediakan "kemudahan menjalankan perniagaan" kepada rakan kongsi terpenting iaitu para Pelanggan kami.

Sejajar dengan perkembangan antarabangsa dan tempatan bagi amalan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam, Takaful IKHLAS mengguna pakai kontrak Wakalah sebagai system yang membentuk operasi dengan sewajarnya. Wakalah merupakan suatu bentuk hubungan perwakilan antara Takaful IKHLAS dengan seseorang peserta (Prinsipal/ Pelanggan).

Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut bagi mengendalikan perniagaan kami :  

a. Tabarru’ bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta dan akan digunakan untuk membantu Peserta yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

b. Wakalah bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah.