KAD PERUBATAN IKHLAS "CHOICE PLUS" PLATINUM

PENGENALAN
 
IKHLAS "Choice Plus" PLATINUM Individual Medical Rider adalah rider yang boleh disertakan dengan pelan keluarga individu dengan caruman berkala. Ia menyediakan perlindungan perubatan menyeluruh, dengan membayar semula perbelanjaan perubatan anda yang disebabkan oleh kemasukan ke hospital, pembedahan atau rawatan perubatan pesakit luar seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat.

Pelan 3 dalam 1 yang dapat menyelesaikan Bil Perubatan, malah ianya bertindak sebagai Perlaburan masa depan.


Pelan perlindungan patuh syariah (tiada percampuran antara islamik dan konvensional)

  • Had perlindungan seumur hidup sehingga RM1.5 juta 
  • Rawatan PERCUMA di hospital pakar yang terlibat di seluruh Malaysia
  • Wang tunai sehingga RM500 ribu bila ditimpa masalah
  • Mendapat simpanan dan keuntungan bila sampai tempoh matang
  • Ada rebet sekiranya tiada claim secara tahunan selama 15 tahun berturut

KELEBIHAN

Manfaat unik IKHLAS "Choice Plus" PLATINUM Individual Medical Rider

  • Pelan 'CASHLESS' sesuai dengan bajet.
  • Pelindungan sehingga 100 tahun.
  • Rawatan Perubatan Tradisional.
  • Tiada Ko-Takaful untuk mengelak kekeliruan bil.
  • Umur kemasukan sehingga 70 tahun.
  • Had seumur hidup lebih tinggi, sehingga 10X daripada had tahunan keseluruhan.
  • Elaun Tunai Harian di Hospital kerajaan.
  • Perlindungan kepada perbelanjaan penginapan kepada pasangan.
  • Penjagaan Jangka Panjang sebagai had tambahan kepada had tahunan keseluruhan.
  • Manfaat kesihatan sebagai ganjaran kerana sihat.
  • Laporan Perubatan & Cukai Khidmat Kerajaan DILINDUNGI.

Jaminan manfaat perlindungan takaful:

  • Kematian / TPD biasa
  • Kematian / TPD akibat kemalangan
  • Penyakit kritikal
  • Pengecualian caruman pemilik polisi(sekiranya TPD / penyakit kritikal) dari tarikh disahkan sehingga matang, syarikat akan tolong carumkan
  • Pengecualian caruman kepada pembayar (sekiranya TPD / penyakit kritikal)

MENGAPA KAD PERUBATAN IKHLAS “CHOICE PLUS” PLATINUM?


1. Pelan Tanpa Tunai supaya bersesuaian dengan bajet anda
Ini ialah pelan Tanpa Tunai yang membolehkan kemasukan ke hospital tanpa kesulitan dengan kad perubatan kami bagi memenuhi perlindungan bersesuaian dengan bajet anda.
 
2. Perlindungan sehingga umur 100 tahun
Nikmati perlindungan perubatan dan pelan perlindungan kami sehingga umur 100 tahun. Kami tidak akan menolak pembaharuan atau mengenakan pengecualian baru semasa pembaharuan, tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak Sijil.

3. Rawatan Kemalangan Perubatan Tradisional
Membayar balik caj sebenar bagi rawatan sebagai Pesakit Luar akibat Kemalangan, oleh Pengamal Perubatan Tradisional yang berdaftar sehingga jumlah maksimum RM 200 dan dibayar sekiranya anda menerima rawatan dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam selepas kemalangan.
 
4. Tiada ko-takaful bagi mengelak ketidakpastian bil dan kekeliruan
Pelan tiada ko-takaful kami menawarkan ketenangan fikiran kepada anda dengan mengetahui bahawa anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang anda sendiri selagi manfaat anda dilindungi seperti yang disenaraikan dalam pelan Jadual Manfaat.
 
5. Umur Penyertaan sehingga 70 tahun
Umur penyertaan maksimum adalah sehingga 70 tahun.
 
6. Had Seumur Hidup yang Tinggi
Nikmati manfaat had seumur hidup yang tinggi, iaitu sehingga 10 kali ganda daripada Had Keseluruhan Tahunan anda untuk mana-mana pelan yang anda pilih bagi melindungi anda.

7. Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan
Elaun tunai harian akan diberikan jika anda dimasukkan ke wad di mana-mana Hospital Kerajaan Malaysia, termasuk hospital pengajaran kerajaan di Malaysia.
 
8. Perlindungan ke atas Perbelanjaan Penginap untuk peneman anda
Jumlah bagi peruntukan katil tambahan bagi peneman di dalam bilik yang sama dengan anda, tetapi tidak melebihi had yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat.

9. Penjagaan Jangka Panjang sebagai tambahan Had Keseluruhan Tahunan
a. Selain dari Had Keseluruhan Tahunan, anda juga menerima perlindungan tambahan bagi Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar, di mana kami akan membayar balik caj yang dikenakan bagi Keperluan Perubatan untuk rawatan kanser dan dialisis buah pinggang yang dijalankan di pusat rawatan berdaftar yang sah.

b. Kami juga menyediakan perlindungan tambahan bagi Pemindahan Organ, di mana kami akan membayar balik caj yang dikenakan ke atas pembedahan tranplantasi jika anda menerima pemindahan buah pinggang, jantung, paru-paru, hati atau sumsum tulang tertakluk pada had yang ditetapkan di dalam Jadual Manfaat.
 
10.Ganjaran Manfaat Kesihatan kepada anda yang kekal sihat
Raihlah pulangan faedah kerana kekal sihat. Anda akan menikmati Manfaat Kesihatan jika tiada tuntutan berlaku semasa tahun sijil berkuat kuasa. Manfaat Kesihatan ini akan disalurkan ke PRIA anda.

MENGAPA TAKAFUL IKHLAS?

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) adalah subsidiari milik penuh MNRB Holdings Berhad. Operasi perniagaan dan pengurusan adalah mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Memberi penekanan dalam memastikan keadilan dan kesaksamaan terhadap semua urus niaga kerana kami percaya dalam menyediakan "kemudahan menjalankan perniagaan" kepada rakan kongsi terpenting iaitu para Pelanggan kami.

Sejajar dengan perkembangan antarabangsa dan tempatan bagi amalan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam, Takaful IKHLAS mengguna pakai kontrak Wakalah sebagai system yang membentuk operasi dengan sewajarnya. Wakalah merupakan suatu bentuk hubungan perwakilan antara Takaful IKHLAS dengan seseorang peserta (Prinsipal/ Pelanggan).

Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut bagi mengendalikan perniagaan kami :  

a. Tabarru’ bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta dan akan digunakan untuk membantu Peserta yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

b. Wakalah bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah.